Polisi Bayaran Balik
Kami mahu anda yakin sebelum membeli. Sila cuba demo percuma dahulu: semua fungsi boleh dicuba tanpa daftar.
Tiada bayaran balik atas sebab tukar fikiran
Oleh kerana demo percuma disediakan untuk dicuba sebelum membeli, bayaran pakej dan naik taraf tidak dipulangkan atas sebab tukar fikiran, tidak lagi memerlukan, atau tersalah pilih pakej. Jika tersalah pilih pakej, anda boleh naik taraf dengan membayar beza harga.
Jika ada masalah daripada pihak kami
Jika app tidak dapat digunakan disebabkan kesilapan kami, emel kami di [email protected]. Kami akan membaikinya dalam masa yang munasabah. Jika kami gagal membaikinya, bayaran anda akan dipulangkan.
Hak anda di sisi undang-undang
Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah undang-undang perlindungan pengguna Malaysia.
Dikemas kini: 2 November 2026